Monday, March 23, 2009

Umno Dream Team


Presiden


Timbalan Presiden



Naib Presiden

Naib Presiden


Naib Presiden


Ketua Pemuda


Naib Ketua Pemuda

3 comments:

Kg Pulau Timbul said...

aku setuju sangat

Anonymous said...

Lebih dari stuju...~

Bahkan memang tepat skali pilihan itu...~

Akan tetapi... Terlepas 1 anggota...~

Yang len?...~

Kita tengok jek esok...~

Anonymous said...

Wednesday, 20 February 2008

Rangcangan Jahat Khairy


Khabarnya jawatankuasa penilai itu dipengerusikan oleh Khairy Jamaluddin dan anggotanya terdiri dari Datuk Anwar Zaini, Datuk Shagul Hamid, Datuk Kalimullah Hassan, Vincent Lim dan tidak terkecuali Kamaluddin Abdullah (anak Perdana Menteri).

KAMAL AMIR MENULIS

HARI ini khabarnya senarai penuh calon-calon yang terpilih mewakili Barisan Nasional musim pilihanraya ke 12 akan di keluarkan oleh pejabat Perdana Menteri setelah dibelek, diselidik serta ditapis oleh para pegawai tingkat empat.

Yang pasti jika mana-mana calon yang tidak mempunyai akses atau talian keakraban dengan menantu Perdana Menteri Khairy Jamaluddin jawapan paling tepat lebih baik usah berangan untuk menjadi calon meskipun musim pilihan raya ke-11 dahulu berjaya memperolehi kemenangan besar.

Persoalan sama ada anda telah berkhidmat dengan baik, kawasan yang diwakili pesat membangun, bakat kepimpinan terserlah dan disayangi oleh pengundi bukan lagi menjadi kayu ukur. Jauh sekali persoalan bersih atau kepimpinan berkualiti diutamakan oleh Abdullah Ahmad Badawi imam besar mazhab Islam Hadhari yang memulakan musim pilihan raya kali ini dengan PEMBOHONGAN tersohor abad ini.

Menurut seorang yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri, sejak jam 12.00 tengahari Isnin lalu 18 Februari 2008. sebaik sahaja senarai calon yang dicadangkan oleh pimpinan Bahagian yang dibawa oleh Ketua Perhubungan Barisan Nasional di setiap negeri diserahkan kepada Datuk Tajuddin selaku Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ia telah dihantar kepada jawatankuasa penilai.

Khabarnya jawatankuasa penilai itu dipengerusikan oleh Khairy Jamaluddin dan anggotanya terdiri dari Datuk Anwar Zaini, Datuk Shagul Hamid, Datuk Kalimullah Hassan, Vincent Lim dan tidak terkecuali Kamaluddin Abdullah (anak Perdana Menteri).

Meskipun Dato' Seri Najib dilantik sebagai Pengarah Pilihan raya, namun beliau dan setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Osman Desa tidak tersenarai untuk mengenal pasti serta meluluskan calon-calon yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional. Begitulah hebatnya menantu Perdana Menteri yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi menjelang tahun 2010.

Untuk itu kepada pimpinan peringkat Bahagian Umno di seluruh negara sedar dan insaflah bahawa persoalan bakat kepimpinan, kehebatan sebagai pemimpin ataupun bersih bukan lagi menjadi perkiraan. Apa yang penting, sejauh mana kesetiaan serta kesediaan anda merelakan Khairy Jamaluddin menjadi Perdana Menteri di tahun 2010 sebagai kriteria terpenting.

Seandainya anda tidak mendokong Khairy Jamaluddin, lebih baik duduk diam-diam sambil menyedut dalam-dalam asap rokok jenama SAAT yang khabarnya turut dimiliki oleh Khiaty Jamaluddin… walahualam. Namun jika diteliti pada lilitan plastik pembungkus rokok tersebut tertera huruf AKJM yang boleh ditafsirkan sebagai Abdullah, Khairy Jamaludin Mariakareen.

Seperti yang pernah saya nyatakan dalam tulisan lalu, musim pilihan raya kali ini merupakan PILIHAN RAYA TERAKHIR buat Dato' Seri Najib Tun Razak kerana kesemua orang keliling serta pendokong setianya bakal digugurkan dari bertanding sebagai persiapan menghadapi musim pemilihan parti Umno tahun ini sebaik sahaja jemaah anggota kabinet dibentuk.

Atas keyakinan Barisan Nasional mampu mengekalkan dua pertiga penguasaan kerusi Parlimen yang dipertandingkan, menantu Perdana Menteri itu tidak lagi menghiraukan sama ada pimpinan peringkat akar umbi mahu menyokong atau menentang calon-calon Barisan Nasional.

Malahan lebih memeranjatkan lagi apabila diberitakan Khairy Jamaluddin bakal diangkat terus sebagai MENTERI KEWANGAN selepas berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau yang sudah pasti akan ditandingi olehnya.

Kerana itulah kalangan pengikut dan penyokong Dato' Seri Najib Tun Razak seharusnya melupakan impian mereka untuk berada di anjung Seri Perdana sebaik sahaja usai musim pilihan raya kali ini beliau pasti bakal disembelih karier politiknya.

Khabar paling sensasi diperolehi dari Seri Perdana menyatakan beberapa Menteri Penuh dalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi sebelum pembubarkan Dewan Rakyat yang lalu bakal digugurkan sebagai calon di mana Tengku Adnan (Parlimen Putrajaya) mengetuai senarai mereka yang tersingkir.

Lain-lain yang turut diketepikan kali ini adalah Datuk Syed Hamid Jaafar Albar, Datuk Rais Yatim, Datuk Aziz Shamsuddin, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid, Datuk Noor Muhamad Yaakub. Sementara Menteri Besar yang turut diketepikan adalah Abdul Ghani Osman (Johor), Shahidan Kasim (Perlis) Adnan Yaakub (Pahang) dan Musa Aman (Sabah).

Sehingga saat rencana ini ditulis, kesemua data-data serta senarai calon yang dipilih oleh Khairy Jamaluddin adalah terdiri dari kalangan mereka yang bagaikan sudah melafazkan sumpah taat setia untuk menobatkannya sebagai Perdana Menteri Malaysia menjelang tahun 2010.

"Penyembelihan" keatas karier politik Dato' Seri Najib Tun Razak akan dilakukan sebaik sahaja selesai musim pilihan raya umum kali ke-12 ini. Sama ada Barisan Nasional mampu mempertahankan penguasaan dua pertiga di Dewan rakyat atau sebaliknya, menurut perkhabaran dari tingkat empat pejabat Perdana Menteri Dato' Seri Najib pasti akan mengalami hari-hari terakhirnya menjadi orang bergelar.

Di Sabah telahpun tersebar berita Datuk Shafie Afdal bakal diturunkan bertanding salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkannya membentuk kerajaan negeri menggantikan Musa Aman yang tersingkir.

Bagaimanapun perang saraf di peringkat akar umbi sedang berjalan di mana Musa Aman serta konco-konco dan pengikut setianya sedang mengumpul kekuatan melakukan sabotaj terhadap Datuk Shafie Afdal yang bakal dikalahkan dalam musim pilihan raya kali ini.

Selain dari itu ada juga perkahabaran menyebut beberapa orang yang selama ini disifatkan sebagai "warlord" atau gergasi politik seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Karim Ghani, Datuk Lajim serta Datuk Yahya Lampong tidak lagi diperdulikan oleh Khairy Jamaluddin yang berkeyakinan pimpinan Pemuda mampu melakukan perubahan besar dalam senario politik Sabah.

Biar apapun, sebagai "posting" terkini sebelum senarai penuh calon-calon yang dipilih untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di musim pilihan raya kali ini diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Barisan Nasional, para pengundi harus ingat bahawa tujuh puluh peratus calon tersebut datangnya dari sokongan Khairy Jamaluddin yang benar-benar memperlihatkan kehebatan pengaruhnya menguasai Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal sebagai "Pembohong Tersohor" abad ini.

Kalaupun ada penafian darinya berhubung calon-calon yang diketengahkan merupakan calon pilihannya, itu adalah bohong. Kalau ada calon yang dikatakan bersih olehnya juga bohong, malahan kalau ada kenyataan darinya calon tersebut dipilih kerana wibawanya juga harus dijawab dengan bohong kerana sesungguhnya 70 peratus daripada mereka adalah berada dalam senarai Khairy Jamaluddin yang bakal menguasai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu akronimnya UMNO Malaysia.

Sesungguhnya inilah pilihan raya paling terburuk dalam sejarah Umno selaku tulang belakang parti Barisan Nasional kerana terdapat beberapa calon yang seharusnya diputuskan oleh Presiden Parti-parti komponen tidak lagi diterima sepenuhnya.

Dalam erti kata lain, kesepakatan dalam Barisan Nasional turut terpongah oleh kerakusan menantu Perdana Menteri mempersiapkan barisan pendokong dan penyokongnya dalam usaha melakukan "penyembelihan politik" ke atas karier Dato' Seri Najib Tun Razak disamping mempercepatkan laluannya berada di anjung Seri Perdana sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam menjelang tahun 2010. Fikir-fikirkanlah.

Ghazali
PD